Perisic dikesan positif Covid-19 dan terlepas aksi penting berdepan Sepanyol dalam kejohonan Euro 2020 awal pagi Isnin.

LONDON – Bintang Croatia, Ivan Perisic didapati positif Covid-19 dan terlepas aksi Euro 2020 menentang Sepanyol di Copenhagen awal pagi Isnin nanti.

Bintang sayap Inter Milan itu kini sedang menjalani isolasi selama 10 hari, menurut Persekutuan Bola Sepak Croatia pada Ahad.

Perisic, 32, telah menjaringkan gol dalam aksi menang Euro 3-1 menentang Scotland.

Sementara itu, pemain lain dan kakitangan pasukan itu pula selesai menjalani ujian calitan dan dikesan negatif Covid-19.

Perkembangan berkenaan telah menolak Croatia dalam dilema untuk mengatur strategi serangan yang lebih mantap menjelang aksi pusingan 16 terbaik awal pagi nanti untuk menempah tiket ke suku akhir.

Perisic adalah antara pemain paling berpengalaman dalam pasukan Croatia dengan melakukan 104 penampilan bersama skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.-MalaysiaGazette