Belgium melangkah ke suku akhir akhir saingan Euro 2020 selepas menewaskan Portugal awal pagi tadi.

MUNICH – Pertembungan Itali dan Belgium di Allianz Arena dalam saingan suku akhir Euro 2020 kini menjadi perhatian kerana ia  bukan semata-mata perebutan bagi slot ke saingan separuh akhir Euro 2020.

Ini kerana pasukan yang menang dalam perlawanan itu akan mencipta rekod baharu sebagai pasukan yang mencatat kemenangan terbanyak dalam kejohanan.

Ketika ini, Itali dan Belgium masing-masing sudah merekodkan 14 kemenangan di pentas Euro termasuk pusingan kelayakan.

Kedua-dua pasukan menyamai rekod kemenangan terbanyak dipegang Jerman sebelum ini selepas menewaskan lawan masing-masing ketika aksi pusingan 16 terbaik.

Mereka bagaimanapun tewas kepada Itali di separuh akhir.

Itali dan Belgium turut melakar skrip sama apabila menang semua 10 perlawanan kelayakan dan menang semua tiga aksi peringkat kumpulan sebelum merekodkan satu lagi kemenangan di pusingan kalah mati.

Justeru, satu daripada dua pasukan itu akan merekodkan kemenangan ke-15 apabila mereka buat perhitungangan hujung minggu depan. – MalaysiaGazette