Gamabar Hiasan. foto HAZROL ZAINAL, 25 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 atau BKC bagi isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan November dan RM300 pada bulan Disember.

Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November, katanya semasa mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang berjumlah RM150 bilion.

Pakej ini merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

Perdana Menteri berkata, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember dan bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos.

Sementara itu, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250 dan bujang kategori M40 akan menerima RM100
pada bulan Ogos nanti.

Menurutnya, secara keseluruhan, pemberian khas BKC dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.

Pada Oktober ini, kerajaan akan menyalurkan sebanyak RM500 kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO pada tahun ini.

Bantuan itu dijangka memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast