PTPTN discount National Higher Education Fund Corporation
PTPTN

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran membabitkan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain itu, penangguhan bayaran balik pinjaman turut membabitkan Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan.

Manakala penangguhan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100  selama 12 bulan.

Perdana Menteri menambah, penangguhan bayaran balik pinjaman turut ditawarkan kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan.

Nilai keseluruhan inisiatif ini dianggarkan berjumlah RM400 juta dan akan memanfaatkan seramai 1.6 juta rakyat. – MalaysiaGazette