KUALA LUMPUR – Penyanyi Nourul Wahab secara terbuka memberitahu dia mahu menjual cincin perkahwinan pertamanya.
Menurut Nourul, cincin nikah bersama bekas suaminya iaitu penyanyi dan komposer, Ajai, itu dibiar tersimpan sejak 2007 lagi.
Kata Nourul, daripada disimpan lebih baik dia menjual cincin berkenaan dan wang daripada hasil jualan itu akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
“Kami memang nak salurkan duit ni pada puan @inot72 yang banyak membantu mereka yang memerlukan. Siapa nak buat collection cincin ni, boleh hubungi kami. Harga bermula daripada RM300. Siapa bida tinggi dia dapat,” tulisnya.
Menerusi satu entri, Nourul tampil menjelaskan sebelum menjual cincin berkenaan dia terlebih dahulu sudah bertanyakan kepada anak perempuannya, Ayu.
Nourul mendirikan rumah tangga dengan Ajai pada Disember 1996 dan berpisah pada tahun 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah kini berusia 23 tahun.
Nourul kemudian berkahwin dengan suaminya kini, Eric Daniel Depp pada 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. – MalaysiaGazette