MGNews: Remaja Dicekup Jadikan Khidmat Kurier Untuk Hantar Dadah

Taktik menyembunyikan dadah dengan meletakkan dua helai baju T di bahagian atas sebuah kotak sebelum dihantar menggunakan perkhidmatan kurier tidak berhasil.

Kegiatan itu terbongkar selepas polis menahan seorang remaja tempatan berusia 18 tahun di sebuah syarikat kurier di Bandar Puteri, Puchong kira-kira pukul 4.30 petang pada 23 Jun lalu.