Nuno Tavares

LONDON – Arsenal semakin hampir memuktamadkan khidmat Nuno Tavares dari Benfica selepas dilaporkan sudah bersetuju terma peribadi bersama bintang muda bek kiri pertahanan itu di Portugal.

Laporan mendakwa the Gunners menyenaraikan lima pemain baharu yang akan direkrut ke Stadium Emirates sebagai persiapan menghadapi musim Liga Perdana Inggeris 2021/22.

Arsenal dikatakan sudah berunding dengan pemain berusia 21 tahun itu dan mencapai kata sepakat untuk kontrak lima tahun.

Perjanjian akhir membabitkan yuran perpindahan masih tertangguh dan yuran pembelian pemain itu dijangkakan sekitar £12.8 juta.

Selain Arsenal, Napoli dan Southampton antara kelab Eropah yang menyatakan minat ke atas pemain muda itu.

Selepas Tavares, Mikel Arteta juga dalam proses untuk membawa masuk Ben Whitem Albert Sambi Lokonga dari Brighton dan Anderlecht selain mengintai Aaron Ramsdale dan James Maddison untuk menguatkan pasukan.

Justeru Arsenal juga sedang memantau perkembangan pemain muda Real Madrid Miguel Gutierrez, 19 , yang menjadi pilihan utama mereka.- MalaysiaGazette