KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan seorang aktivitis membayar ganti sebanyak RM95,000 kepada Presiden dan Timbalan Presiden MIC memfitnah dua pemimpin parti politik itu pada tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache mengarahkan Dayalan Sreebalan untuk membayar jumlah tersebut sebagai kos ganti rugi teruk dan teladan pada penghakimannya yang dilakukan atas talian pada hari ini.

Ahmad Bache juga mengeluarkan perintah injuksi terhadap defenden dengan menghalangnya terus menyiarkan sebarang fitnah dalam apa jua bentuk selain memadam semua kandungan fitnah yang pernah disiarkan olehnya melalui laman media sosial.

Menurut peguam yang mewakili Vigneswaran dan Saravanan dari Tetuan Vas & Co, Vischaal Yogaratnam, defenden juga gagal hadir dalam prosiding walaupun telah mengetahui saman fitnah tersebut.

Kata Vischaal, hakim juga mengizinkan plaintif  memulakan prosiding komital sekiranya Dayalan melanggar perintah yang dikeluarkan mahkamah hari ini.

Dayalan didakwa telah membuat pelbagai tohmahan, fitnah dan tuduhan tanpa fakta dalam dua video berasingan yang disiarkan pada tahun lalu terhadap Vigneswaran yang juga bekas Yang DiPertua Dewan Negara dan Saravanan yang merupakan Menteri Sumber Manusia. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast