Jadon Sancho.

LONDON – Usaha Manchester United untuk mendapatkan khidmat Jadon Sancho dijangkaberakhir dalam masa terdekat setelah The Red Devils dilaporkan bersetuju dengan bayaran perpindahan pemain sayap Borussia Dortmund itu.

Menurut Sky Sports, selepas proses rundingan yang panjang, United akhirnya berjaya mencapai kesepakatan untuk perpindahan Sancho.

Kelab itu akan membayar sekitar 85 juta euro kepada Dortmund untuk bayaran perpindahan Sancho pada musim panas ini

Menurut laporan itu, United kini sedang membuat klausa mengenai pembayaran Sancho di mana kedua-dua kelab masih belum sepakat mengenai struktur pembayaran untuk perpindahan Sancho.

Tetapi laporan itu mendakwa proses ini akan segera berakhir dan United akan menandatangani perpindahan Sancho pada minggu ini.

Selepas Sancho, United mula bergerak untuk mendapatkan sasaran perpindahan kedua mereka di mana pertahanan Real Madrid, Raphael Varane dikatakan sebagai sasaran perpindahan seterusnya. – MalaysiaGazette