Foto Facebook Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,988 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini berbanding berbanding 6,276 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes kumulatif wabak itu kini mencecah 758,967 kes.

Menurut beliau, Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyk 2,885 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (988), Negeri Sembilan (692) dan Sarawak sebanyak 544 kes.

Menurutnya, ia disusuli Melaka sebanyak 311 kes, Johor (270), Kedah (250)  dan Sabah adalah 232 kes.

“Negeri lain pula menyaksikan Pahang mencatatkan 195 kes, Pulau Pinang (174), Perak (149) dan Wilayah Persekutuan Labuan (129).

“Ia diikuti Terengganu sebanyak 50 kes, Wilayah Persekutian Putrajaya (10) dan Perlis hanya satu kes,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya di sini hari ini. – MalaysiaGazette

Berita selanjut menyusul