Friday, April 26, 2024
Home Nasional Covid-19: Kluster tempat kerja kekal penyumbang tertinggi

Covid-19: Kluster tempat kerja kekal penyumbang tertinggi

Sebanyak 21 lagi kluster baharu Covid-19 dikenal pasti di negara ini membabitkan tempat kerja, komuniti, dan kumpulan berisiko tinggi.-Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 lagi kluster baharu Covid-19 dikenal pasti di negara ini membabitkan tempat kerja, komuniti, dan kumpulan berisiko tinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja masih menjadi penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 11 kluster selain komuniti sebanyak sembilan dan kumpulan berisiko tinggi adalah satu.
Perincian kluster terbabit adalah seperti berikut:
Kluster Dah Batik Industri Sungai Petani
– Melibatkan kategori tempat kerja di Kuala Muda, Kedah.
– Seramai 103 disaring, 35 positif.
Kluster Dah Mawar Biru
– Melibatkan kategori tempat kerja di Bandar Baharu, Kedah.
– Seramai 33 disaring, 12 positif.
Kluster Dah Lima Industri Sungai Petani
– Melibatkan kategori tempat kerja di Kuala Muda, Kedah.
– Seramai 182 disaring, 34 positif.
Kluster Industri MIEL Bayan Lepas
– Melibatkan kategori tempat kerja di Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang.
– Seramai 78 disaring, 15 positif.
Kluster Lorong Perusahaan Maju Lapan
– Melibatkan kategori tempat kerja di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
– Seramai 97 disaring, 9 positif.
Kluster Jalan Perusahaan Maju Sembilan
– Melibatkan kategori tempat kerja di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan Kerian, Perak.
– Seramai 498 disaring, 13 positif.
Kluster Industri Balakong Empat
– Melibatkan kategori tempat kerja di Hulu Langat, Selangor.
– Seramai 71 disaring, 23 positif.
Kluster Industri Perusahaan Selesa Jaya
– Melibatkan kategori tempat kerja di Hulu Langat, Selangor.
– Seramai 67 disaring, 13 positif.
Kluster Jalan Sin Chew Kee
– Melibatkan kategori tempat kerja di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
– Seramai 18 disaring, 9 positif.
Kluster Kampung Telok Kemang
– Melibatkan kategori tempat kerja di Muar, Johor.
– Seramai 43 disaring, 31 positif.
Kluster Jalan Industri Enam Jelapang
– Melibatkan kategori tempat kerja di Kinta, Perak.
– Seramai 163 disaring, 8 positif.
Kluster Kampung Tengah Tanah Merah
– Melibatkan kategori komuniti di Tanah Merah, Kelantan.
– Seramai 19 disaring, 8 positif.
Kluster Kampung Redang Gunong
– Melibatkan kategori komuniti di Bachok dan Kota Bharu, Kelantan.
– Seramai 18 disaring, 9 positif.
Kluster Kampung Bagus
– Melibatkan kategori komuniti di Pasir Mas, Kelantan.
– Seramai 14 disaring, 8 positif.
Kluster Kampung Hutan Banggol
– Melibatkan kategori komuniti di Kota Bharu dan Bachok, Kelantan.
– Seramai 24 disaring, 15 positif.
Kluster Taman SP Mahang
– Melibatkan kategori komuniti di Kota Bharu, Kelantan.
– Seramai 14 disaring, 8 positif.
Kluster Seri Semarak
– Melibatkan kategori komuniti di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
– Seramai 705 disaring, 72 positif.
Kluster Nahaba 2
– Melibatkan kategori komuniti di Kota Belud, Sabah.
– Seramai 136 disaring, 27 positif.
Kluster Dah Tanjung Setol
– Melibatkan kategori komuniti di Pendang, Kedah.
– Seramai 61 disaring, 31 positif.
Kluster Jalan Lagenda
– Melibatkan kategori komuniti di Tangkak, Johor.
– Seramai 38 disaring, 18 positif.
Kluster Jalan Residensi
– Melibatkan kategori kumpulan berisiko tinggi di Timur Laut, Pulau Pinang.
– Seramai 127 disaring, 29 positif.- MalaysiaGazette