Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam melakukan pemeriksaan keatas pekerja kilang dalam satu operasi serbuan Op Patuh di sebuah kilang plastik yang dipercayai melanggar arahan MITI dan membuat pengisytiharan palsu sebagai perkhidmatan perlu ketika di sekitar Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 JULAI 2021.

SHAH ALAM – Tidak serik diserbu dua kali sebelum ini kerana kesalahan melanggar pematuhan prosedur operasi Standard (SOP)  – sebuah kilang pembuatan paip di sini sekali lagi berdegil dengan masih menjalankan operasinya.

Lebih teruk kawasan premis itu pernah menjadi kluster tempat kerja Covid-19 sebelum ini.

Pagi tadi, premis ‘keras kepala’ di Seksyen 16 itu diserbu sekali lagi, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol hari ini.

Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam melakukan pemeriksaan keatas pekerja kilang dalam satu operasi serbuan Op Patuh di sebuah kilang plastik yang dipercayai melanggar arahan MITI dan membuat pengistiharan palsu sebagai perkhidmatan perlu ketika di sekitar Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 JULAI 2021.

Katanya, hasil pemeriksaan sekitar 10.30 pagi mendapati pemilik kilang itu telah menyalahgunakan kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau spesifik dikesan membuat pengisyiharan palsu sebagai pengeluar barang perkhidmatan perlu dan beroperasi menyalahi undang-undang.

Akibatnya, mereka diarahkan menghentikan operasi dan menutup premis serta merta.

Ketika pemerhatian, lebih 100 pekerja bertugas diarahkan menghentikan kerja masing-masing dan diminta berkumpul di pekarangan kilang.

Mereka kemudian diperiksa satu persatu termasuk rekod imbasan Kod QR MySejahtera sebelum disahkan tiada pelanggaran SOP sebelum diarahkan pulang.

Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam melakukan pemeriksaan keatas pekerja kilang dalam satu operasi serbuan Op Patuh di sebuah kilang plastik yang dipercayai melanggar arahan MITI dan membuat pengistiharan palsu sebagai perkhidmatan perlu ketika di sekitar Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 JULAI 2021.

Malahan kesalahan kedua yang dikenalpasti  adalah pemilik premis membenarkan pekerja makan di kafeteria tempat kerja yang sepatutnya dilarang dari segi penguatkuasaan SOP kali ini.

Sebelum itu, kluster tempat kerja pernah dilaporkan berlaku di kilang tersebut awal tahun ini dan pernah memohon kebenaran untuk operasi perkhidmatan perlu bagi pembuatan alat sanitasi namun didapati hanya membuat peralatan paip.

Turut menerima nasib sama adalah majikan sebuah bengkel kereta di sini yang beroperasi tanpa surat kebenaran MITI dan telah diarah menutup premis serta merta.

Ramsay juga menegaskan, keseluruhannya pemeriksaan hari ini membabitkan 49 premis kilang di sekitar daerah itu membabitkan 12 pegawai dan 65 anggotanya.

Secara keseluruhannya lima majikan telah dikeluarkan kompaun berjumlah RM50,000 iaitu RM10,000 setiap majikan kesalahan mengingkar SOP, enam pekerja dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana gagal mengimbas kod MySejahtera dan dua individu masing-masing dikompaun RM2,000 menaiki kereta sebagai ingkar PKP.

Turut menyertai Op Patuh PKPD berkenaan adalah agensi penguatkuasa lain, KDN, MITI, MBSA dan KPDNHEP.-MalaysiaGazette