PARIS – Frank Leboeuf mempersoalkan motif sebenar Raphael Varane yang mempertimbangkan untuk meninggalkan Real Madrid dan menyertai Manchester United musim ini.

Bintang antarabangsa Perancis itu sebelum ini telah menghabiskan masa sedekad mengumpul piala kejuaraan bersama gergasi Sepanyol, Los Blancos.

Namun apa yang mengejutkan adalah keputusan pemain berkenaan yang tidak mahu melanjutkan kontraknya yang masih berbaki setahun bersama the Galacticos dan mahu mencari cabaran baharu bersama kelab England itu.

Laporan di Santiago Bernabeu mendakwa Real Madrid tidak bersedia untuk melepaskan pemain berusia 28 tahun itu khususnya dalam situasi selepas rakan sepasukannya Sergio Ramos sudah mengikat kontrak bersama Paris Saint-Germain.

Pengurus baharu Los Blancos,Carlo Ancelotti sedang berusaha untuk berunding dengan pemenang piala dunia itu bagi memastikan dia terus kekal di Real Madrid.

Dalam pada itu, Manchester United di bawah Ole Gunnar Solskjaer dikatakan semakin hampir untuk mengikat khidmat Varane dengan tawaran bernilai £50juta untuk bek pertahanan berpengalaman itu.

Bagaimanapun, Real Madrid bimbang bintang pertahanan prolifik itu yang dirancang untuk digandingkan dengan Harry Maguire di Old Trafford dilihat tidak mampu menambah koleksi pingat dan piala sepertimana dinikmati dalam La Liga Sepanyol selama 10 tahun lalu.

“Saya akui gandingan Varane yang sangat berpengalaman di bek pertahanan dengan Harry Maguire di Old Trafford satu yang boleh digeruni lawan tetapi, saya tidak pasti sama ada dia mampu menambah koleksi piala dan pingat sepertimana di Madrid,” tegas Leboeuf.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast