Pemain-pemain Peru meraikan kemenangan selepas berjaya menundukkan Paraguay pada aksi perlawanan Copa America yang berlangsung pagi ini

GOIANIA – Peru berjaya ke separuh akhir Copa America selepas berjaya menundukkan Paraguay 4-3 pada aksi perlawanan yang berlangsung pagi ini.

Pada awalnya kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas gol penyamaan dijaringkan Gabriel Avalos pada minit terakhir sebelum aksi diheret sehingga ke penentuan penalti.

Terdahulu, Ketua Pasukan Paraguay, Gustavo Gomez membuka jaringan pada minit ke-11 namun Gianluca Lapadula berjaya meletakkan Peru di depan hasil dua gol pada minit ke-21 dan 40.

Peluang Paraguay dilihat musnah apabila Gomez diperintah keluar padang sebelum rehat namun Junior Alonso berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-54.

Yoshimar Yotun kembali meletakkan Peru di depan hasil jaringan pada minit ke-80 namun Andre Carillo pula diperintah keluar padang empat minit kemudian menyaksikan mereka juga terpaksa bermain dengan 10 orang.

Lapadula berkata, mereka sekarang ini sudah bersedia untuk berdepan siapa saja di separuh akhir.

“Sama saja Chile atau Brazil. Kami sudah ke separuh akhir dan kami perlu memikirkan mengenai siapa saja lawan yang akan ditentang,” katanya.

Dua lagi aksi suku akhir esok bakal menemukan Argentina dengan Ecuador dan Uruguay berdepan Colombia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast