Jadon Sancho (kanan) dan Erling Braut Haaland.

LONDON – Manchester United bersedia untuk mengecewakan juara Eropah Chelsea yang sedang memburu khidmat Erling Haaland dari Borussia Dortmund musim ini.

Laporan di Manchester mendakwa bekas gandingan mantap pemain itu di Signal Iduna Park, Jadon Sancho dikatakan merupakan senjata rahsia yang akan membantu Red Devils menghancurkan impian Thomas Tuchel dan merembat Haaland.

Haaland, 20, yang kini beraksi untuk Sweden dalam Kejohanan Euro 2020 menjadi rebutan kedua-dua seteru kuat Liga Perdana Inggeris itu musim ini untuk menguatkan jentera serangan menghadapi musim EPL 2021/22 kali ini.

Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan memiliki kelebihan dalam saingan bersama the Blues untuk mengikat khidmat Haaland selepas berjaya mengikat khidmat Sancho ke Old Trafford.

Walaupun menjadi impian majoriti kelab Eropah musim ini, penghijrahan ke EPL dilihat tinggi potensinya untuk Haaland.

Haaland berjaya menjaringkan 41 gol dalam semua perlawanan bersama Dortmund dalam Bundesliga Jerman musim lalu.

Ketajaman pemain hadapan membantu Dortmund melayakkan diri ke kempen Liga Juara-Juara Eropah musim 2021/22 dan menjulang Piala DFB Pokal tetapi Pengurusnya Lucien Favre telah dipecat.

Gandingan mantap serta keserasian Haaland dan Sancho di posisi serangan di Signal Iduna Park membawa kejayaan tersebut kepada Dortmund.

Kini Man United dikatakan boleh menggunakan hubungan kedua-dua pemain itu untuk memujuk dan pemain yang terkenal dengan jolokan The Terminator itu berpotensi besar untuk bersatu semula dengan Sancho di Theatre of Dreams.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast