Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,045 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam pada hari ini berbanding 6,658 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal negeri tertinggi mencatatkan kes positif Covid-19 dengan 2,262 kes.

“Selangor mencatatkan 2,262 kes, Kuala Lumpur 616, Johor 500, Sabah 228, Sarawak 365, Negeri Sembilan 531, Pulau Pinang 173, Kelantan 124, Perak 384, Kedah 332, Melaka 290, Pahang 95, Terengganu 54, Labuan 75, dan Putrajaya 16 kes,’ katanya menerusi akaun Twitter hari.

Perlis yang mencatatkan dua kes semalam menunjukkan perkembangan positif apabila tiada kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 778,652 kes sehingga kini, ujarnya.

Daripada 6,045 kes itu, 6,025 adalah kes penularan tempatan dengan 4,647 melibatkan warganegara dan 1,378 bukan warganegara.

Sejumlah 20 kes import direkodkan hari ini dengan 13 melibatkan warganegara dan 7 bukan warganegara.

Jumlah kes sembuh nenurun sedikit hari ini daripada 5,677 kepada 5,271 kes hari ini.

Ia menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya adalah pada paras 705,486 kes.

Jika kes kematian merekodkan 107 kes, kes korban akibat positif Covid-19 hari ini adalah 63 kes dengan 54 kes melibatkan warganegara dan selebihnya bukan warganegara.

Jumlah kes yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah pada paras 917 kes dan 443 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette