Tan Sri Noh Omar

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Noh Omar mengesahkan dirinya tidak hadir dalam pertemuan khas yang dibuat malam ini.

Menurutnya, beliau tidak menghadirkan diri dalam pertemuan khas di Wisma Perwira di sini kerana sedang berada di kawasannya.

“Buat masa sekarang dia (Noh) tumpu kepada masalah kawasan rakyat yang susah,” kata pegawai khas beliau kepada MalaysiaGazette malam ini.

Turut tidak hadir, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Malah beliau menafikan tidak ada sebarang pertemuan antara pemimpin utama UMNO.

“Tidak ada sebarang perjumpaan dengan Presiden UMNO malam ini termasuklah MT,” katanya kepada MalaysiaGazette sambil menegaskan dirinya hanya berada di rumah.

Sebelum itu difahamkan ada satu pertemuan sedang diadakan di Wisma Perwira antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan beberapa kepimpinan UMNO.

Memetik laporan AgendaDaily, beberapa ahli MT telah mengadakan perbincangan untuk membuat pengumuman keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) malam ini.

Ia selepas berakhir tempoh 14 hari diberikan Ahmad Zahid berakhir hari ini.

Siang tadi, kelihatan dua ahli MT UMNO memasuki Menara Dato’ Onn, antaranya Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Media yang berada di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) kemudiannya ke Wisma Perwira dekat Kementerian Pertahanan kerana diberitahu pertemuan khas itu telah berubah tempat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast