Para pemain industri sektor logistik dan pengangkutan boleh terus menggunapakai surat kebenaran beroperasi (Sistem SMILE) bertarikh dari 1 Jun 2021 dan ke atas bagi pemeriksaan di Sekatan Jalan raya (SJR) seluruh negara.Infografik MOT

KUALA LUMPUR – Para pemain industri sektor logistik dan pengangkutan boleh terus menggunapakai surat kebenaran beroperasi (Sistem SMILE) bertarikh dari 1 Jun 2021 dan ke atas bagi pemeriksaan di Sekatan Jalan raya (SJR) di seluruh negara.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan malam ini mengumumkan perkara itu.

Keputusan itu diambil susulan pengumuman Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di beberapa mukim di negeri Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula dari 3 hingga 16 Julai ini.

“Pemain industri untuk sektor logistik dan pengangkutan boleh terus menggunapakai surat kebenaran beroperasi (Sistem SMILE) sedia ada bertarikh dari 1 Jun 2021 dan ke atas bagi pemeriksaan di Sekatan Jalan raya (SJR).

“Walaubagaimanapun, surat terbaharu dengan pindaan mengambilkira peralihan dari Fasa PKP ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) sedia dimuat turun pada hari ini, 5hb Julai 2021 dari sistem SMILE melalui laman sesawang https://application.mot.gov.my.

” Para pemain industri kedua-dua sektor berkenaan amat digalakkan untuk memuat turun surat ini bagi memudahkan pergerakan mereka di atas jalan raya,” kata kementerian itu lagi.

Infografik MOT

 

Justeru, bagi aktiviti loading/unloading (memunggah dan menyimpan) barangan non-essential (bukan perkhidmatan perlu), ianya hanya dibenarkan di kawasan luar PKPD sahaja di seluruh negara berdasarkan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada sekarang.

Tambah MOT, bagi kawasan yang berada dalam pelaksanaan PKPD, ianya hanya terhad kepada syarikat pergudangan sahaja kerana syarikat ini merupakan perkhidmatan rantaian kepada pelabuhan dan lapangan terbang (services to ports and airports) yang mana perkara ini jelas dibenarkan dalam SOP PKPD Selangor.

“Bagi sektor selain pergudangan, aktiviti loading/unloading (punggah dan simpan) hanya terhad kepada syarikat yang tersenarai dalam senarai essential (perkhidmatan perlu) PKPD sahaja.

“Sektor pergudangan tidak tertakluk kepada had operasi barangan essential sahaja kerana ianya menyediakan perkhidmatan penyimpanan dan pemunggahan barangan siap kepada pelabuhan dan aktiviti sektor pergudangan ini tidak melibatkan sebarang aktiviti pembuatan.

“Sehubungan itu, sektor pergudangan boleh terus beroperasi tanpa kekangan kepada jenis barangan essential dan non-essential,” jelas MOT.

Infografik MOT

Senarai penuh bagi perkhidmatan perlu yang dibenarkan bagi sektor pengangkutan dan logistik adalah seperti berikut:

Pengangkutan laut, udara dan maritim; barangan dan pengangkutan
awam.
II. Pelabuhan dan lapangan terbang
III. Perkhidmatan kepada pelabuhan dan lapangan terbang seperti:
• Pergudangan
• Off dock/ on dock depoh
• Freight forwarders/ejen kastam
• Limbungan
• Kren di pelabuhan dan off dock
• Pemusnahan dagangan zon bebas (free trade cargo zone disposal)
• Cargo survey
• Pembekalan keperluan kapal (hardware & refrigerant)
• Pembekalan keperluan kapal (ship chandling)
• Kerani hitung banding (tally clerk)
• Lashing & unlashing
• Membekal air bersih (fresh water supply)
• Membekal pemandu kapal-kapal Ro-Ro (Ro-Ro stevedore service)
• Pembekalan minyak bunker kapal (bunker services)
• Pembekalan jentera konveyor (conveyor machinery supply)
• Pembekalan jentera kren (crane machinery supply)
• Pembekalan jentera punggah (auxiliary cargo equipment)
• Pembekalan net keselamatan (safety net supply)
• Pembekalan stevedoring gears
• Pembersihan tumpahan dagangan berbahaya (hazardous
substance spillage cleaning)
• Penerimaan sisa buangan kapal berjadual (reception facility for
ship schedule waste)
• Pengendalian dagangan pukal (bulk cargo handling)
• Pewasapan kontena (fumigation)
• Penerimaan sisa buangan sampah domestik kapal (garbage
disposal)
• Stevedoring
• Trimming gang
• Penyelaman (diving) bagi aktiviti pengimpalan bawah perut kapal
(underwater hull repair works)
• Pengerukan dan aktiviti berkaitan termasuk survei bawah laut.
(dredging and underwater survey)
• Pemaliman (pilotage)
• Pembekal minyak pelincir kapal (lubricant)
• Servis kepada bot & pelabuhan (boat and port services)
• Perkhidmatan Pengendalian Darat (Ground Handling Services)
seperti Pengendalian Bahan Api (refuelling), Katering,
Pengendalian Kargo, Penumpang, Bagasi, Pentadbiran dan
Penyeliaan Darat, Pengendalian Muatan dan Mel
IV. Operasi courier/p-hailing (penghantaran barangan melalui kenderaan
persendirian dan perdagangan)
V. Perkhidmatan terminal pengangkutan awam (public transport terminals). – MalaysiaGazette