Peniaga, Hang Seng Long, 75, membuat penghantaran tong gas kepada pelanggan di Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.

Menjangkau ke usia emas, Hang Seng Long, 75, masih mengerah kudrat cari rezeki untuk kelangsungan hidup.

Hang Seng Long mampu memikul tong gas seberat 14kg setiap kali pesanan dibuat dari pelanggan.

Beliau memulakan perniagaan seawal 8 pagi hingga 7 petang pada setiap hari. Dia banyak menghabiskan masa berniaga di kedai runcitnya.

Walaupun dibantu anaknya untuk membuat penghantaran, dia masih gigih melakukan secara sendirian tanpa rasa lelah.

Hang Seng Long menyambung legasi bapanya mengusahakan perniagaan termasuk jualan tong gas sejak 1966 selepas kematian bapanya.

“Sedikit sebanyak, perniagaan saya juga terjejas akibat wabak Covid-19 melanda, namun saya harus kuat semangat supaya perniagaan yang telah diusahakan dari bapa hampir 6 dekad ini berterusan sampai bila-bila”

Justeru Hang Seng Long berharap anaknya dapat meneruskan legasi seterusnya supaya perniagaan ini tidak terhenti.

Peniaga, Hang Seng Long, 75, menutup kedai runcitnya seawal 7 petang di Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.
Susuk tubuh Hang Seng Long, 75, yang masih mempunyai kekuatan fizikal untuk mengangkat tong gas seberat 14kg di kedai runcitnya, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.
Peniaga, Hang Seng Long, 75, membuat catatan barangan yang dipesan oleh pelanggan di kedai runcitnya, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.
Peniaga, Hang Seng Long, 75, mengangkat tong gas seberat 14kg untuk dihantar kepada pelanggan di stor kedai runcitnya, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.
Keadaan tumit kaki Hang Seng Long, 75, yang merekah serta selipar yang lusuh semasa melakukan kerja rutin harian di kedai runcitnya, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.
Peniaga, Hang Seng Long, 75, membuat kiraan harga barangan dengan menggunakan sempoa di kedai runcitnya, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.
Peniaga, Hang Seng Long, 75, membuat penghantaran tong gas kepada pelanggan di Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.
Peniaga, Hang Seng Long, 75, membuat penghantaran tong gas kepada pelanggan di Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.
Peniaga, Hang Seng Long, 75, menunggang motosikal dengan membawa tong gas untuk dihantar kepada pelanggan di Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.
Peniaga, Hang Seng Long, 75, melakukan persiapan pada motosikalnya untuk menghantar tong gas kepada pelanggan di kedai runcitnya, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.
Peniaga, Hang Seng Long, 75, berehat sambil menjamu selera di kedai runcitnya, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.
Peniaga, Hang Seng Long, 75, mendapat tempahan dari pelanggan melalui panggilan telefon di kedai runcitnya, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.
Peniaga, Hang Seng Long, 75, melakukan kerja-kerja penghantaran tong gas kepada pelanggan di Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.
Peniaga, Hang Seng Long, 75, memikul tong gas seberat 14kg untuk dihantar kepada pelanggan di stor kedai runcitnya, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2021.