Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pemain industri sektor logistik dan pengangkutan boleh terus menggunapakai surat kebenaran beroperasi (Sistem SMILE) bertarikh dari 1 Jun 2021 dan ke atas bagi pemeriksaan di Sekatan Jalan raya (SJR).

Walau bagaimanapun, surat terbaharu dengan pindaan mengambil kira peralihan dari Fasa PKP ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) sedia dimuat turun semalam dari sistem SMILE melalui laman sesawang https://application.mot.gov.my.

Oleh itu, para pemain industri digalakkan untuk memuat turun surat ini, kata Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).

Bagi aktiviti loading/unloading barangan non-essential (barangan perlu), ianya hanya dibenarkan di kawasan luar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sahaja di seluruh negara berdasarkan kepada SOP sedia ada.

Manakala bagi kawasan dalam PKPD, ianya hanya terhad kepada syarikat pergudangan sahaja kerana syarikat ini merupakan perkhidmatan rantaian kepada pelabuhan dan lapangan terbang (services to ports and airports) yang mana perkara ini jelas dibenarkan dalam SOP PKPD Selangor.

Bagi sektor selain pergudangan, aktiviti loading/unloading hanya terhad kepada syarikat yang tersenarai dalam senarai essential PKPD sahaja.

Sektor pergudangan tidak tertakluk kepada had operasi barangan essential sahaja kerana ianya menyediakan perkhidmatan penyimpanan dan pemunggahan barangan siap kepada pelabuhan.

Sementara aktiviti sektor pergudangan ini tidak melibatkan sebarang aktiviti pembuatan.

Sehubungan itu, sektor pergudangan boleh terus beroperasi tanpa kekangan kepada jenis barangan essential dan non-essential. – MalaysiaGazette