Lawyer, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah arrives at the Palace Appeal for the case of his client, Datuk Seri Najib Razak who is seeking to set aside his conviction on money laundering, criminal breach of trust and power abuse of SRC International Sdn Bhd’s funds. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 06 APRIL 2021. Abdul Karim Abdul Jalil Mohd Nazlan Mohd Ghazali
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. foto: AFFAN FAUZI. 06 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan 1Malaysia Development Malaysia (1MDB) melibatkan penyewelengan dana sebanyak RM2.3 bilion yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan hari ini dan esok.

Ini kerana peguam yang mengetuai pasukan pembelaan Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sedang menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 pada 3 Julai lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah kemudian telah menetapkan 17 Julai depan untuk menyambung perbicaraan berprofil tinggi itu.

Sebelum ini Collin menangguhkan perbicaraan itu memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.

Kes itu sepatutnya bersambung dengan saksi ke-10, Mohd Hazem Abd Rahman menyambung keterangan pada sesi soal balas dengan peguam bela, Wan Aizuddin Wan Mohammed.

Ini juga bukan kali pertama prosiding 1MDB terpaksa ditangguhkan berikutan kontak rapat dan positif Covid-19.

Sebaliknya perbicaraan telah beberapa kali ditangguhkan antaranya pada Mac dan Oktober tahun lepas dan Februari serta Mei lalu.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berhadapan empat tuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. -MalaysiaGazette