Tan Sri Annuar Musa.

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri kanan adalah langkah memperkasakan lagi Kabinet pada saat yang mencabar.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengalaman kedua-dua pemimpin UMNO itu boleh membantu Perdana Menteri memantapkan lagi jentera kerajaan.

“Pelantikan kedua-dua tokoh ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada UMNO yang telah memainkan peranan besar dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pelantikan mereka juga membuka pintu kepada peranan UMNO yang lebih besar dalam kerajaan Perikatan Nasional di mana kedua-dua mereka berupaya menggerakkan seluruh kekuatan UMNO untuk terus berjuang membela rakyat serta menjayakan proses pemulihan negara,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Annuar, keputusan Perdana Menteri memberi tugas kepada Hishammuddin membantu beliau dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara adalah satu pengiktirafan terhadap keupayaan Ahli Parlimen Sembrong itu.

“Saya percaya perlantikan ini disambut baik semua lapisan rakyat khususnya ahli UMNO seluruh negara dan inilah peluang terbaik untuk UMNO terus berbakti kepada rakyat serta merapatkan saf di belakang kedua-dua mereka untuk menyatupadukan ahli serta orang Melayu, kaum Bumiputera serta rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin jadi menteri kanan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kah kah kah…nak lantik pemimpin UMNO ada tanya UMNO kah??? Dan kepada 2 org tu, bukankan UMNO dah buat keputusan tak terima jawatan TPM masa di Janda Baik? Korang berdua wakil parti mana?? Nak tanya tu jaaa

Comments are closed.