Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 959 kes Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari ini dengan 465 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, sebanyak 5,713 kes sembuh dicatatkan pada hari ini.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 731,193.

Manakala jumlah kes aktif yang direkodkan adalah 80,665 kes, ujarnya.

Kata Noor Hisham, sebanyak 77 kematian diakibatkan Covid-19 hari ini.

Untuk rekod, semalam dilaporkan sebanyak 952 kes dirawat di ICU dan 445 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast