Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad menyerahkan cek replika Bayaran One-Off RM500 PRE Ihsan Johor kepada penerima e-Kasih bagi Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad menyampaikan RM500, menerusi sumbangan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0  kepada Vuraya A/L Vadiveloo, 63, di Taman Kota Puteri, Pasir Gudang, di sini, semalam.
JOHOR BAHRU – Seramai 22,071 peserta yang tersenarai dalam e-Kasih di seluruh negeri ini mula menerima bantuan sebanyak RM500 menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE)
Ihsan Johor 3.0 sejak semalam.
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, inisiatif di bawah PRE Ihsan Johor 3.0 berperanan membantu kepada mereka yang terjejas sepanjang wabak pandemik Covid-19.
Jelasnya, bantuan yang diumumkan sebelum ini juga akan diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Johor dan Pejabat Daerah di seluruh negeri ini.
“Semalam seramai enam peserta e-Kasih menerima bantuan RM500 menerusi PRE sebagai simbolik menerusi inisiatif ini.
“Saya berharap bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban kewangan penerima,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut beliau, kerajaan negeri juga sentiasa bersedia membantu rakyat menerusi pelbagai inisiatif, selain daripada bantuan kewangan dalam waktu yang sukar ini.
“Insya-Allah, bantuan ini saya harapkan  sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga yang memerlukan dalam mendepani pandemik Covid-19 yang masih malanda negara kita,” katanya.
Dalam pada itu beliau turut menyampaikan bantuan barangan makanan dan keperluan asas yang disumbangkan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru dan Yayasan Bandaraya Johor Bahru.
Terdahulu, Hasni turut menyempurnakan penyerahan cek replika bayaran one-off sebanyak RM500 PRE Ihsan Johor 3.0 berjumlah RM1.791 juta untuk peserta e-Kasih bagi daerah ini kepada Pegawai Daerah, Abdul Rahman Salleh.-Malaysiagazette