Bonucci

LONDON – Itali tidak takut untuk berentap dalam aksi akhir kejohanan Piala Euro 2020 menentang England di Wembley Ahad ini.

Itali pernah menewaskan Sepanyol menerusi sepakan penalti dalam perlawanan separuh akhir di stadium yang sama.

“Walaupun pada aksi final Wembley akan dipenuhi rakyat England, kami tidak gentar dengan situasi itu.

“Kami Sudah bersiap sedia dalam segala aspek untuk berdepan pasukan Gareth Southgate,” kata Leonardo Bonucci.

Menjelang aksi final di Wembley, seramai 1,000 penyokong Itali dibenarkan menonton perlawanan di dalam stadium.

Bonucci menyifatkan pertembungan itu ibarat perlawanan antara skuad muda dan tua apabila skuad the Lions terdiri daripada pemain berusia purata 25 tahun termasuk Bukayo Saka, 19 dan jadon Sacho, 21.

“Mereka mempunyai penyerang yang kuat dan kami kena memberi fokus sepenuhnya kepada pasukan itu.

“Kami sedia maklum England boleh cetuskan masalah kepada kami atas padang, maka kami perlu berhati-hati dengan kelajuan mereka membawa bola,” tegasnya.-MalaysiaGazette