Itali menjulang trofi Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi penentuan penalti 3-2 pada aksi final sebentar tadi.-Pix agensi

LONDON – Itali menjulang trofi Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi penentuan penalti 3-2 pada aksi final sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa tambahan di Stadium Wembley.

Tuan rumah mendahului perlawanan seawal minit kedua hasil jaringan Luke Shaw iaitu gol terpantas pada final Kejuaraan Eropah.

Namun Leonardo Bonucci menyamakan pelawat pada separuh masa kedua dan kedudukan kekal di masa tambahan.

Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma muncul wira Azzurri memenangi kejohanan itu buat kali kedua apabila menyelamat sepakan penalti terakhir oleh Bukayo Saka.

Selain itu, Marcus Rashford dan Jadon Sancho turut gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk England yang terus kempunan menjulang trofi utama sejak 1966 ketika menjuarai Piala Dunia. – MalaysiaGazette