Kes Covid-19 hari ini didapati turun lebih 500 kes.
Kes Covid-19 hari ini didapati turun lebih 500 kes.

KUALA LUMPUR – Selepas dua hari kes positif Covid-19 melepasi 9,000 kes, hari ini ia turun sebanyak 500 kes dengan 8,574 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan lebih 4,000 kes positif Covid-19.

“Sehingga 12 Julai 2021: Jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 8,574 kes (844,870 kes). Selangor 4,308, Kuala LUmpur 609, Johor 407, Sabah 298, Sarawak 235, Negeri Sembilan 794, Pulau Pinang 231, Kelantan 133, Perak 168, Kedah 415, Melaka 411, Pahang 314, Terengganu 140, Labuan 66, dan Putrajaya 45 kes,” kata Noor Hisham, hari ini.

Hanya Perlis yang tidak mencatatkan sebatang kes positif Covid-19 hari ini.

Semalam Malaysia mencatatkan 9,105 kes dan tertinggi pada Sabtu lalu dengan 9,353 kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast