Foto BBC.

LONDON – Persatuan Bolasepak England (FA England) mengutuk komen berbaur perkauman kepada tiga pemainnya susulan kekalahan skuad The Three Lions di tangan Itali pada aksi final Euro 2020 di Wembley pagi tadi.

Ketiga-tiga pemain itu adalah Bukayo Saka, Marcus Rashford dan Jadon Sancho.

Skuad kendalian Gareth Southgate tewas 2-3 menerusi sepakan penentuan selepas ketiga-tiga pemain terbabit gagal menyempurnakan penalti masing-masing.

FA England mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan perkauman terhadap pemain di media sosial.

“FA mengecam keras semua bentuk diskriminasi dan perkauman dalam talian yang ditujukan kepada beberapa pemain England di media sosial.

“Kami kurang jelas siapa di sebalik tingkah laku menjijikkan itu yang tidak dialu-alukan untuk mengikuti pasukan. Kami akan melakukan apa yang kami mampu untuk menyokong pemain yang terkesan sambil mendesak hukuman paling berat terhadap sesiapa yang bertanggungjawab,” kata kenyataan berkenaan.

” Saya memutuskan siapa yang mengambil penalti berdasarkan apa yang kami lakukan dalam latihan,” katanya kepada BBC. – MalaysiaGazette