Muhammad Rafieq Al-Amzar Zulkifeli.

KUALA LUMPUR – Pemain muda negara, Muhammad Rafieq Al-Amzar Zulkifeli berjaya menjaringkan gol pertama untuk kelabnya, NK Zvijezda Gradacac dalam perlawanan persahabatan menentang Reprezentacija Grada Gradačac.

Dalam perlawanan itu, kelab dari Bosnia and Herzegovina tersebut mencatat kemenangan 5-0 sebagai persiapan menghadapi saingan liga musim baharu.

Amzar merupakan produk Sekolah Sukan Pahang, SMK Seberang Temerloh dan dia baru sahaja menyertai NK Zvijezda Gradacac dengan kontrak selama setahun bagi mencapai cita-citanya sebagai pemain bola sepak profesional.

Pemain berusia 19 tahun itu sebelum ini pernah menjadi seorang daripada 10 pemain muda terpilih untuk menyertai TH Global Football Fantasia Camp 2020 di Real Madrid. – MalaysiaGazette