Roger Federer.

LONDON – Roger Federer sah menarik diri daripada menyertai Olimpik Tokyo kerana masih lebih dalam proses pemulihan kecederaan lutut yang dialaminya.

Keputusan itu dibuat selepas dia mengalami kesakitan berulang di lutut ketika latihan.

“Saya mengalami rasa sakit yang berulang di lutut atas padang rumput dan sebab itu saya terpaksa membuat keputusan menarik diri dari Sukan Olimpik Tokyo,” kata Federer.

Acara tenis di Jepun akan bermula dari 24 Julai, sehari selepas majlis pembukaan.

Juara 20 kali Grand Slam itu tersingkir pada suku akhir di Wimbledon selepas tewas kepada Hubert Hurkacz minggu lalu.

Federer, masih belum meraih emas di Olimpik dalam acara perseorangan dan pernah menjalani dua pembedahan di lutut kanannya pada 2020.

Federer yang akan berusia 40 tahun bulan depan, menarik diri dari Terbuka Perancis selepas mara ke pusingan keempat berharap kembali cergas di Wimbledon. – MalaysiaGazette