Orang ramai ang disyaki positif Covid-19 beratur panjang seawal pagi bagi melakukan penilaian kesihatan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Dewan Sukan MPK, Taman Sri Andalas, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 13 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mencatatkan peningkatan jangkitan harian Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 11,618 kes hari ini berbanding semalam 11,079 kes.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 867,567 kes.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih lagi menunjukkan angka tertinggi dengan 5,051 kes dengan jumlah keseluruhan di negeri itu sebanyak 300,974 kes.

Manakala Kuala Lumpur pula mencatatkan kes sebanyak 1,749 kes hari dengan jumlah keseluruhan 92,837 kes, kedua tertinggi dalam negara.

Ia disusuli dengan Negeri Sembilan sebanyak 1,537 kes,  Johor (396), Sabah (286), Sarawak (289), Pulau Pinang (210).

Manakala Kelantan mencatatkan (236), Kedah (504), Perak (164), Melaka (526), Pahang (400), Terengganu (189), WP Labuan (38), WP Putrajaya (40) dan Perlis (3). -MalaysiaGazette