Saturday, May 4, 2024
Home Nasional PKPD 5 lokaliti di Sabah, Sarawak

PKPD 5 lokaliti di Sabah, Sarawak

Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima lokaliti di Sabah dan Sarawak bermula 16 hingga 29 Julai ini.- Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima lokaliti di Sabah dan Sarawak bermula 16 hingga 29 Julai ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keempat-empat lokaliti adalah di Sabah manakala satu lagi di Sarawak.
Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata, PKPD di Kampung Landung Ayang, Kudat yang dijadual tamat esok dilanjutkan sehingga 29 Julai. – MalaysiaGazette