Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa enggan memanjangkan isu penyebaran gambar Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama-sama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, beliau mahu meneruskan usaha untuk menolong rakyat tatkala terhimpit dengan pandemik Covid-19.

“Saya polemik berbaur politik ini saya tidak mahu beri komen, lebih baik kita fokus kepada kerja kita membantu rakyat.

“Saya lihat banyak sangat polemik politik yang tidak menguntungkan.

“Apa lagi nak berdebat dan berbahas yang boleh merenggangkan lagi silaturahim, saya rasa tidak perlu bagi apa-apa reaksi,” katanya selepas melancarkan Rumah Prihatin di Hotel Grand Season, hari ini.

Pada Selasa lalu, Saifuddin menuntut penjelasan Ahli Parlimen Ketereh itu berhubung penyebaran gambarnya di laman Twitternya.

Malah Saifuddin bersedia memberi penjelasan ekoran penyebaran gambar berkenaan yang mendakwa kononnya beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia susulan Annuar yang memuat naik tiga keping gambar dengan tajuk, “Makan sedulang memang sedap…Lebih-lebih lagi kalau dapat ‘dining’ di restoran musim PKP.

Selain Saifuddin dan Ahmad Zahid, turut berada dalam gmabar itu adalah Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. No need to use such petty tactics. You have good reputations among hawkers and public, dont ruin it.

Comments are closed.