Tiga individu disyaki tekong darat bawa masuk PATI Rohingya dalam lori tumpas. Foto Ihsan PGA

KUALA LUMPUR – Cubaan tiga lelaki termasuk dua warga asing cuba membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke dalam negara menggunakan kenderaan darat digagalkan.

Ketiga-tiga individu itu termasuk dua daripadanya warga Myanmar yang disyaki tekong darat yang memainkan peranan sebagai dalang membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) itu berjaya ditahan.

Mereka ditahan oleh Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Op Benteng Covid-19 yang telah dilakukan semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua suspek terdiri daripada dua warga Myanmar dan seorang rakyat tempatan berusia antara 28 hingga 39 tahun.

Semasa serbuan kita menahan dua kenderaan lori dalam keadaan mencurigakan di Sungai Tekali, Hulu Langat, Selangor.

“Hasil pemeriksaan di dalam lori itu, polis menemui seorang lelaki dan empat wanita Rohingya berumur 14 hingga 19 tahun.

“Hasil soal siasat ke atas mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah dan kesemua mereka dipercayai baru masuk ke negara ini menerusi jalan tidak diwartakan,” katanya menerusi kenyataan kejayaan tangkapan itu hari ini.

Ujar beliau, kesemua mereka telah dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1963.

Tambah Rizal, pihaknya turut merampas dua kenderaan dan telefon bimbit pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM52,500.

“Hasil siasatan juga mendapati tiga lelaki yang ditahan itu iaitu seorang rakyat MalaysiaHasil pemeriksaan di dalam lori itu, polis menemui seorang lelaki dan empat wanita Rohingya berumur 14 hingga 19 tahun. dan dua Myanmar adalah disyaki tekong darat yang bertanggungjawab membawa masuk kesemua PATI Rohingya ke dalam negara menerusi sempadan,” ujar beliau.

Menurutnya, mereka yang ditahan akan menjalani ujian saringan Covid-19.

“Saya menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada polis berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya.-MalaysiaGazette