Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR – Golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas akan diberi kemudahan untuk mendapatkan vaksin Covid-19 secara walk-in tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah tersebut akan dimulakan di Lembah Klang dan kemudian diperluaskan ke seluruh negara.

“Bagi Selangor dan Kuala Lumpur, mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan belum menerima vaksin, mereka boleh walk-in dan kita boleh memberi vaksin kepada mereka.

“Ia akan diperluas ke negeri-negeri lain. Kita sedang melakukan percubaan di Selangor,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Adham berkata, ia dilakukan ekoran data menunjukkan bahawa mereka pada usia tersebut masih ada lagi yang belum mendapat suntikan vaksin.

Sementara itu Adham berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi industri di Selangor, Kuala Lumpur dan Seremban boleh melaksanakan vaksinasi 24 jam.

Ujarnya, ia merupakan satu inisiatif agar proses vaksinasi di negeri-negeri berkenaan dapat dikembangkan.

Sementara itu, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) akan dibangunkan secara maya dalam masa terdekat bagi kes Covid-19 yang bergejala ringan dan yang tidak bergejala.

Pengarah Bersama Pasukan Pengurusan Projek Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), Datuk Dr Chong Chee Keong berkata, dengan ada CAC maya, orang ramai tidak perlu ke CAC secara fizikal.

“Pemantauan kes tersebut akan diadakan secara maya tanpa keperluan hadir secara fizikal ke CAC,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast