police PDRM Brunei Investment Agency Ponzi scheme scam domestic violence abuse victim
Wanita ditemukan dalam keadaan gantung diri di kipas ruang tamu kediamannnya di Taman Teratai Senawang Seremban petang semalam.-gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis direman selepas melakukan pemerasan wang daripada seorang lelaki atas alasan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata,  kedua-dua polis itu ditahan pada 16 Julai, selepas pengadu yang berumur 27 tahun membuat laporan polis.

Menurutnya, kedua-dua polis yang bertugas di IPD PJ itu  meminta RM200 daripada lelaki warga tempatan selepas didapati menaiki kenderaan melebihi had penumpang yang dibenarkan.

“Pada 16 Julai 2021 jam lebih kurang 1 pagi Pejabat Polis Petaling Jaya telah menerima laporan daripada satu lelaki warga tempatan berumur 27 tahun menyatakan pada 15 Julai jam lebih kurang 11.30 malam semasa pengadu bersama rakan sekerja dalam perjalanan ke tempat kerja di kawasan Petaling Jaya telah ditahan oleh sebuah kereta peronda polis

“Anggota polis tersebut telah memberitahu kepada pengadu bahawa dia telah melanggar SOP PKPD kerana menaiki kenderaan melebihi had yang ditetapkan yang mana boleh dikompaun sebanyak RM2,000.

“Anggota tersebut telah mengarahkan pengadu untuk menghubungi majikannya dan memberikan telefon kepada anggota polis tersebut untuk bercakap dengan majikannya.

”Kemudian anggota polis tersebut telah meminta pengadu memberikannya wang sebanyak RM200,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah beliau, pengadu dalam masa yang sama turut meluahkan rasa tidak puas hati akibat tindakan pemerasan itu menerusi ciapan di Twitter.

Kata Mohamad Fakhrudin, kedua-dua anggota itu akan dihadapkan di mahkamah tidak lama lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.- MalaysiaGazette