Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor tidak akan dilanjutkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, keputusan itu dimuktamadkan berdasarkan situasi semasa ketika sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Untuk rekod, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di lapan daerah dalam Selangor yang membabitkan 34 buah mukim bermula 3 Julai lalu.

Pada masa sama, Ismail berkata, sidang khas MKN turut bersetuju melaksanakan PKPD di 13 lokaliti di Kuantan bermula 18 Julai hingga 31 Julai.

Lokaliti yang terlibat adalah Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sg Derhaka, Kempadang, Sg Soi, Kg Pahang, Taman Seri Inderapura, Taman Indera Sempurna, Taman Tas & Pandan, Sungai Isap, Lorong Seri Teruntum dan Taman Impianku.

Selain itu tiga lokaliti Sarawak turut dilaksanakan PKPD untuk tempoh yang sama iaitu Kampung Seratau, Kampung Astana Lot dan Kampung Sungai Bedil Besar.

Turut dilaksanakan PKPD untuk tempoh yang sama adalah Damai Apartment yang terletak di Petaling Jaya.

Selain itu Jalan Pandan Indah di Hulu Langat, Jalan Batu Nilam di Klang dan Taman Samudera di Gombak turut dikenakan PKPD.

Ladang Sawit KLK Lungmanis, Perumahan Kilang di Lahad Datu dan Kampung Pinolobuh Bukit di Kota Belud Sabah juga merupakan antara kawasan dilaksanakan PKPD sehingga 31 Julai nanti.

“Taman Chengal, Temerloh juga dilaksanakan PKPD.” kata Ismail.

Sementara itu beliau menambah, PKPD di Kampung Siasai Dundau di Kota Belud dan Kampung Naruntung di Pitas Sabah akan dilanjutkan sehingga 31 Julai 2021.