Issey.

KUALA LUMPUR – Penyampai radio, Issey Fazlisham mengumumkan dia meninggalkan kerjaya radio di stesen Suria FM selepas tiga tahun berkhidmat.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Issey memaklumkan semalam juga merupakan hari terakhir dia berkhidmat.

“Sayang Suria FM. Tapi saya buat keputusan ini sebab saya ada plan saya sendiri. Insyallah nanti saya akan umumkan pada masa yang sesuai.

“Kenangan tiga tahun di Suria FM akan jadi satu memori yang cukup indah untuk saya,” ujarnya yang tidak dapat menahan air mata ketika mengumumkan perkara berkenaan.

Sebelum ini, Issey bertugas di segmen pagi yang dikendalikan oleh trio bersama Ajak dan Fizi Ali.

Issey memilih untuk tidak menyambung kontrak kerana sudah ada perancangan yang tersendiri.

“Saya buat keputusan ini sebab saya ada plan saya sendiri. Insyallah nanti saya akan umumkan pada masa yang sesuai.

“Kenangan tiga tahun di Suria FM akan jadi satu memori yang cukup indah untuk saya dan cukup bermakna untuk saya dan adik beradik di Suria FM,” ujarnya. – MalaysiaGazette