Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandunya terjatuh ke dalam runtuhan tanah di Jalan Haji Baki di sini tengah malam tadi.

KUCHING – Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandunya terjatuh ke dalam runtuhan tanah di Jalan Haji Baki di sini tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak memaklumkan pihaknya menerima laporan pada 12.30 tengah malam mengenai kejadian tanah runtuh di tepi jalan itu dan terdapat kereta yang jatuh dengan mangsa Chai Kian Fah, 63, tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Katanya, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati keadaan struktur tanah tidak stabil dan masih berlaku runtuhan susulan yang menyukarkan operasi menyelamatkan mangsa.

“Bomba akhirnya berjaya mengeluarkan mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan menggunakan peralatan khas bagi memotong bahagian pintu kenderaan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada 2 pagi tadi. Setelah diperiksa, mangsa disahkan telah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast