Pemain Selangor FC meraikan kemenangan pada perlawanan Liga Super 2021 di antara PJ City FC menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaran Petaling Jaya, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 02 MEI 2021

KUALA LUMPUR – Kelab bola sepak Selangor (Selangor FC)  mengesahkan kedua-dua pasukan Gergasi Merah akan beraksi di venue yang baharu bagi menyambung semula saingan Liga M.

Menurut satu kenyataan, pasukan utama iaitu Selangor FC akan beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras bagi perlawanan Liga Super 2021 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), UiTM FC dan PJ City FC manakala menentang Melaka United FC di Stadium Hang Jebat bermula 24 Julai ini.

Sementara itu, pasukan ‘feeder club’ iaitu Selangor FC 2 pula akan ke Perak menjadikan Stadium Majlis Perbandaran Manjung sebagai venue tuan rumah pasukan untuk aksi-aksi Liga Premier 2021 bermula 17 Julai ini menentang Sarawak United FC.
Pertukaran venue perlawanan ini dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sebarang pertukaran yang berlaku juga adalah seiring dengan garis panduan yang telah ditetapkan pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara), MSN (Majlis Sukan Negara) dan MFL. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast