Chelsea mengalih perhatian ke arahn Lewandowski selepas terputus harapan untuk membeli Erling Haaland dari Borussia Dortmund musim ini.Foto Ihsan Metro.co.uk

LONDON – Chelsea melupakan hasrat untuk menandatangani pemain Borussia Dortmund, Erling Haaland pada musim ini.

Sebelum ini media melaporkan Chelsea menyediakan dana besar untuk membawa masuk pemain berusia 20 tahun itu ke Stamford Bridge.

Penyerang, Timor Werner yang bergelut di depan gol memaksa Thomas Tuchel menyenaraikan Haaland sebagai calon utama mengetuai jentera serangan.

Namun pendirian tegas Borussia Dortmund untuk tidak melepaskan penyerang muda itu menyaksikan the Blues tidak dapat meneruskan hasratnya.

Tuchel kini mengalih perhatian kepada pemain Bayern Munich, Robert Lewandowski sebagai alternatif.

Selepas berundin, lembaga pengarah kelab itu dikatakan mempertimbangkan secara serius untuk mengemukakan tawaran rasmi untuk penyerang Poland yang mengetuai jentera serangan Bayern.

Penjaring terbanyak Bundesliga itu bagaimanapun tidak akan dilepaskan pada harga yang rendah.

Lewandowski mempunyai kontrak sehingga 2023 dan £50 juta memadai untuk mengesahkan khidmat pemain Poland itu.

Bekas pemain Dortmund itu pernah menyatakan hasrat untuk mengharungi cabaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Malah Chelsea sudah bersedia menawarkan tawaran gaji lumayan untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast