PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Seorang pesara jururawat hospital kerajaan mengalami kerugian RM326,586 setelah diperdaya sindiket ‘Love Scam’ sejak Mac lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Supt Elias Omar berkata, ia bermula apabila wanita berumur 62 tahun dari Mergong, di sini berkenalan dengan individu menggunakan akaun Facebook dengan nama ‘Lucas Cai’.

Beliau berkata, pada awalnya wanita itu beranggapan pengguna bernama ‘Lucas Cai’ itu adalah anak saudaranya, dan telah mula berhubung dengan lelaki berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai ‘Lucas’ dari United Kingdom, jurutera di sebuah syarikat di Nortern Ireland.

“Sepanjang perkenalan mereka, suspek telah meminta pertolongan dari segi sumber kewangan kerana kononnya projek serta tender yang dilakukan suspek membabitkan ‘pembaikan slinder pam’ telah rosak, dan perlu ditukar baru,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, wanita itu telah membuat empat transaksi bayaran secara berperingkat ke tiga akaun berbeza di sebuah bank di Alor Setar antara 18 Mac dan 19 April yang berjumlah RM326,586.

“Wanita itu menggunakan wang yang disimpan hasil 36 tahun bekerja serta simpanan wang insurans, dan hanya sedar dirinya ditipu selepas melihat laman sesawang di dalam Google, terdapat dua orang individu lain yang ditipu dengan menggunakan modus operandi yang sama.

Beliau berkata, wanita itu telah membuat laporan polis di Alor Setar, semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast