Gambar hiasan

KUCHING – Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengesan 76 lagi kes Covid-19 varian Delta hari ini.

Pengarah IHCM Prof Dr David Perera berkata, kes-kes baharu itu dikesan hasil pengesanan dan pengawasan berterusan varian Sindrom Pernafasan Akut Teruk Coronavirus 2 (SARS-CoV-2) yang menular di negeri itu.

“Sampel daripada kes-kes positif diuji antara 7 hingga 13 Julai lalu dengan majoriti kes (52 kes) dikesan di Kuching,” katanya dalam laporan terbarunya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini hari ini.

Dr Parera berkata, kes dengan varian berkenaan dikenal pasti dalam sampel yang diambil dari Hospital Sentosa, Balai Polis Satok dan beberapa lokasi lain di Kuching, manakala 11 kes dikesan di Serian, lima di Sri Aman, tiga di Samarahan dan setiap satu di Sibu, Miri dan Betong.

“Kami juga mengesan setiap satu kes di bawah kategori ‘Import A’ (membabitkan individu yang tiba dari luar negara) dan ‘Import B’ (individu yang tiba dari bahagian lain di Malaysia).

Kini terdapat 93 kes varian Delta di Sarawak sejak ia mula dikesan pada 18 Jun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast