Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencatatkan kes baharu harian Covid-19 yang tertinggi sebanyak 15,902 kes, melibatkan lima kategori setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 260 kes atau 1.6 peratus adalah dari kategori lima, iaitu kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 129 kes atau 0.8 peratus dari kategori empat iaitu radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen); 127 kes (0.8 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 6,901 kes (43.4 peratus) kategori 2 (bergejala ringan) dan 8,485 kes (53.4 peratus) kategori 1 (tidak bergejala).

“Semasa mereka baharu didiagnosa, 3.2 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori tiga, empat dan lima,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, kes kematian yang direkodkan hari ini menunjukkan trend peningkatan semula sebanyak 184 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 87 kes di Selangor, 17 kes di Kedah, 16 kes di Pahang, 15 kes di Negeri Sembilan dan 13 kes di Kuala Lumpur.

“Sebanyak 10 kes kematian direkod di Johor, lapan kes di Sabah, tujuh kes di Melaka, enam kes di Pulau Pinang, tiga kes di Terengganu dan dua kes di Sarawak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast