Gambar kenangan Adenan serta isterinya, Asiah. Gambar - Ihsan keluarga

GEORGE TOWN – Isteri kepada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam, Selangor semalam.

Allahyarhamah Noor Asiah Ahmad, 55 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.56 petang.

MalaysiaGazette difahamkan arwah dimasukkan ke hospital pada 10 Julai lalu akibat jangkitan Covid-19 kali kedua di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang.

Bagaimanapun, keadaan kesihatannya merosot menyebabkan terpaksa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital yang sama.

Pasangan Adenan Md Isa dan Asiah mempunyai empat cahaya mata.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam jam 11 pagi ini. – MalaysiaGazette