Pchettino menyamb ung kontrak setahun bersama PSG sehingga Jun 2023.

PARIS – Mauricio Pochettino telah menandatangani dokumen penyambungan kontraknya selama setahun lagi bersama Paris Saint Germain semalam.

Pengurus kelahiran Argentina itu telah dilantik sebagai pengurus pasukan kelab Ligue 1 Perancis menggantikan Thomas Tuchel pada Januari lalu untuk tempoh 18 bulan hingga Jun 2022.

Kini kontrak itu telah disambung sehingga Jun 2023 sebagai usaha menamatkan minat dari bekas kelabnya Tottenham Hotspurs.

Kakitangan jurulatih yang dibawa bersama oleh Pochettino juga telah dilanjutkan kontrak.

Pochettino, 49, menyatakan penghargaan kepada kelab tersebut kerana percaya akanĀ  kebolehannya.

“Kami ingin mencapai objektif secara bersama-sama. 20 tahun lalu saya merupakan kapten pasukan PSG dan kini menjadi pengurus pasukan sama.

“Saya mempunyai tanggungjawab besar untuk membawa kegemilangan pasukan ini di pentas Eropah,” ujarnya.- MalaysiaGazette