Foto Facebook KKM.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 17,045 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini mencecah 1,013,438 kes.

Kedah pula terus menunjukkan peningkatan yang membimbangkan dengan jumlah kes sebanyak 1,216 kes berbanding 867 kes semalam.

Sementara itu, Selangor masih kekal tertinggi kes Covid-19 di negara ini dengan 8,500 kes menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negeri itu adalah 367,469 kes.

Ia disusuli Kuala Lumpur sebagai negeri kedua tertinggi dengan jumlah sebanyak 2,045 kes.

Perlis masih menunjukkan jumlah kes positif Covid-19 di bawah 20 kes sehari.

Berikut pecahan setiap negeri yang dikongsi pada hantaran Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Selangor – 8,500 (367,469)
WPKL – 2,045 (110,051)
Johor – 950 (84,258)
Sabah – 818 (79,470)
Sarawak – 407 (73,986)
Negeri Sembilan – 513 (66,615)
Pulau Pinang – 573 (42,097)
Kelantan – 266 (39,673)
Kedah – 1,216 (38,477)
Perak – 609 (33,919)
Melaka – 370 (28,094)
Pahang – 424 (21,387)
Terengganu – 273 (14,318)
WP Labuan – 21 (9,599)
WP Putrajaya – 50 (3,367)
Perlis – 10 (658)

– MalaysiaGazette

BERITA SELANJUTNYA AKAN MENYUSUL