Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud

RIYADH – Raja Salman Abdulaziz Al Saud telah mengarahkan Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSRelief) membantu Malaysia dengan membekalkan perubatan bagi membantu negara Asia Tenggara itu menghadapi cabaran pandemik koronavirus.

Arahan Raja Arab Saudi itu itu dikeluarkan lakukan berikutan permintaaan yang dilakukan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semasa bertemu Putera Mahkota, Muhammad Bin Salman, lapor Saudi Gazette.

Penyelia Besar KSrelief, Abdullah Al-Rabeeah berkata, arahan Raja Salman itu menunjukkan hubungan mendalam dan kukuh antara kedua-dua buah negara.

Menurut Al-Rabeeah, bantuan perubatan itu merangkumi sejuta dos vaksin koronavirus.

“Kami terus menyelaras dengan pejabat Kementerian Luar Malaysia bagi memuktamadkan satu kontrak dengan pembuat vaksin antarabangsa yang diluluskan bagi membekalkan kuantiti (dos) yang diperlukan secara terus ke Malaysia,” kara Rabeeah dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.