Sekumpulan doktor kontrak keluar ke lobi Hospital Selayang sebagai protes sempena Hartal Doktor Kontrak di Selayang, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 26 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Doktor-doktor kontrak hari ini meneruskan protes di seluruh negara  terhadap keputusan kerajaan yang masih enggan menyerap mereka ke perjawatan tetap.

Protes dijalankan di setiap negeri di mana doktor-doktor kontrak dilihat berjalan keluar dari hospital sebagai tanda protes.

Di Kuala Lumpur, lebih 20 doktor kontrak berjalan keluar dan naik ke tempat letak kereta di tingkat 6 bangunan hospital itu sebelum mengadakan sidang media.

Jurucakap kumpulan itu meminta kerajaan menyerap mereka ke jawatan tetap dan memberi kemudahan melanjutkan pelajaran.

Sementara itu di Hospital Selayang, kumpulan doktor-doktor kontrak turut dilihat mengadakan protes dengan membawa plakad #hartaldoktorkontrak #lawantetaplawan.

Di Selangor, sekumpulan 20 orang doktor muda menyertai Hartal Doktor Kontrak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang di hadapan Kompleks Rawatan Ibu & Bayi.

Suasana yang sama turut dilihat di Hospital Sungai Buloh.

Di Johor Bahru, para doktor kontrak dari Hospital Sultanah Aminah sebagai tanda protes, difahamkan tindakan yang sama turut berlangsung di Hospital Sultan Ismail.

Hospital-hospital di Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan beberapa negeri lain turut menyaksikan doktor-doktor kontak mengambil tindakan yang sama.

Rata-rata yang mengambil bahagian dalam #hartaldoktorkontrak itu berpakaian serba hitam dengan membawa plakad #hartaldoktorkontrak #lawantetaplawan. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. tuntutan hak memang perlu….tetapi biar kena tempat dan masa . tidak dinafikan pengorbanan FRONTLINER 24 JAM /MINGGU DAN BERBULAN bukan saja kes covid malahan semua penyakit dan kecemasan.
    masalah BESAR dari pihak JPA DAN SPA supaya tidak mendiamkan diri ISU BESAR ini…..pernah berlaku dulu bila PA seperti jururawat/polis sambung belajar bergaji penuh….manakala pendidik terpaksa bergolok bergadai dapat separuh gaji sambung belajar…saluran terbaik ialah dengan kekuatan dan tanggjawab KESATUAN masing2….contoh guru KPPK…Bank Nube….PA dgn CUEPACS serta MTUC
    TIDAK dapat dibayang dan diungkap ketika MOGOK berjalan ramai pesakit KRITIKAL DAN MAUT di wad kecemasan……. isu kontrak ini begitu lama dan bukan berlaku sekarang…kerajaan ada formula dan resolusi utk diperhalusi dan dtambah baik

  2. ”Perancangan yang teliti dan perbincangan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan pihak kerajaan telah terbukti membuahkan hasil apabilaselepas tiga tahun apa yang diperjuangkan mencapai kejayaan dengan pegawai perubatan diberikan hak mendapat elaun atas-panggilan yang dinafikan sekian lama

    Penyelesaian boleh dibuat dengan perbincangan, malah kerajaan telah memberikan respons positif dengan langkah-langkah yang terkandung dalam kenyataan perdana menteri pada hari Jumaat.

  3. Skrg ni mmg banyak kakitangan awam yg baharu berstatus kontrak. Salah satunya ialah pensyarah2 di IPTA termasuklah di fakulti perubatan. Bayangkan kalau pensyarah medic ni pula yg mogok? Boleh kah kamu menjadi Dr.?? Apa akan jadi kpd pelajar2 medic semua? so jgn lupa tu….

  4. Belajar percuma di tanggung JPA, lepas tu buat mogok. Masa mula-mula dulu kenapa tandatangan perjanjian akuan terima perjanjian kontrak. Dulu tidak fikir sekarang baru nak fikir ke? Ini sudah langgar perjanjian kontrak boleh kena tindakan undang-undang. Tidak suka boleh berhenti ramai lagi lepasan graduan tengah tunggu, doktor warga asing pun tengah ttunggu untuk masuk Malaysia.

Comments are closed.