resignation resign Speaker of Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. Perikatan Nasional PN majority support Muhyiddin
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan tidak membenarkan permohonan empat ahli UMNO UMNO untuk menukar tempat duduk sedia ada di dalam Dewan Rakyat.

Katanya, beliau tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada ahli-ahli Parlimen berkenaan seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Dateline yang bertajuk “Zahid, tiga lagi MP juga minta pindah kerusi ke blok Bebas” hari ini.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan berita tersebut dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada Ahli-Ahli Parlimen berkenaan.

“Saya anggap berita tersebut adalah satu pembohongan dan fitnah terhadap saya,” katanya dalam kenyaaan.

Terdahulu, media tersebut yang memetik sumber melaporkan iDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) , Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian), Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) memohon berpindah tempat.

Namun, lapor media itu, Speaker (Azhar) tidak membenarkan permohonan tersebut. – MalaysiaGazette